Pasti ramai ibu yang hamil mahu kan kepastian tentang khasiat susu soya kan? Adakah ianya selamat diambil? dan yang paling penting Apakah Khasiat Susu Soya untuk Ibu-ibu yang sedang Hamil?
Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber yang sangat penting untuk pertumbuhan janin serta kesihatan ibu itu sendiri.
Antara khasiat yang terkandung adalah Protein dan juga vitamin B.
Protein merupakan bahan penting untuk pertumbuhan sel-sel baru. Pertumbuhan sel baru pada janin sudah sebahagian dari proses perkembangannya.
Manakala vitamin B pula, khususnya B6 yang diperlukan oleh janin untuk membentuk saluran penghantar isyarat melalui otak ke sistem saraf neurotransmitter.
Bagi ibu pula vitamin B dapat mengurangkan bahkan dapat mencegah masalah morning sickness di awal kehamilan.
Antara Khasiat Susu Soya?
- Susu Soya memiliki sejumlah zat besi yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh sepanjang kehamilan
- Boleh menjadi sumber protein kepada ibu hamil yang vegetarian.
- Tidak mempunyai Lactosa.
- Mempunyai Isoflavon yang tinggi- khasiat ini merupakan fitoestrogen yang boleh mambantu menurunkan kadar kolestrol
- Kaya dengan Kalsium bagi membina tulang dan gigi yang kuat, pembetukan otot, jantung , sistem saraf serta pelbagai aktiviti enzim.



0 comments:
Post a Comment